Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Britain beri amaran elak vaksin Pfizer jika ada sejarah alahan serius

Dec 9, 2020 | 10:07 PM
Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) kini telah menasihatkan agar "orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan yang ketara tidak menerima vaksin ini" sebagai langkah berjaga-jaga.
Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) kini telah menasihatkan agar "orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan yang ketara tidak menerima vaksin ini" sebagai langkah berjaga-jaga. - Reuters

LONDON: Pegawai kesihatan Britain pada Rabu (9 Dis) memberi amaran bahawa sesiapa yang mempunyai sejarah tindak balas kepada alahan yang ketara tidak boleh menerima suntikan Covid-19 Pfizer-BioNTech Covid buat masa ini.

Amaran itu dikeluarkan setelah dua anggota Perkhidmatan Kesihatan Nasional, yang merupakan antara orang pertama menerima vaksin pada Selasa, mengalami tindak balas alahan dan memerlukan rawatan. Pengarah perubatan NHS England, Encik Stephen Powis, berkata kedua-dua orang itu, yang mempunyai sejarah tindak balas, kini sedang beransur pulih. Agensi Kawalan Produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) kini telah menasihatkan agar "orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan yang ketara tidak menerima vaksin ini" sebagai langkah berjaga-jaga, tambahnya. Tindak balas alahan "ketara" termasuk terhadap ubat-ubatan, makanan atau vaksin, menurut MHRA. Ribuan rakyat Britain menjadi yang pertama di dunia Barat menerima vaksin Covid-19 pada Selasa. Vaksin diberikan dalam dua dos, selang 21 hari. Mereka yang berumur lebih 80 tahun dan kakitangan penjagaan sosial dan kesihatan antara yang pertama mendapatkan suntikan itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg