Brunei gantung Laluan Hijau Timbal Balik dengan S'pura mulai 7 malam, 20 Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brunei gantung Laluan Hijau Timbal Balik dengan S'pura mulai 7 malam, 20 Mei

May 20, 2021 | 6:10 PM

Brunei gantung Laluan Hijau Timbal Balik dengan S'pura mulai 7 malam, 20 Mei

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto GAVIN FOO
Foto GAVIN FOO -

BRUNEI akan menggantung Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) bersama Singapura mulai 7 malam pada Khamis (20 Mei) sehingga satu tarikh yang ditetapkan.

Pengunjung yang sudah diberi kebenaran memasuki Brunei di bawah aturan ini boleh terus berbuat demikian hingga tempoh titik potong 7 malam yang ditetapkan, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri Brunei pada Rabu (19 Mei).

Selepas tempoh itu, semua pengunjung dari Singapura diperlukan menjalani pengasingan diri di hotel bagi tempoh yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Brunei yang secara berterusan menyemak penilaian risiko semua negara, kawasan dan rantau yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Dengan penggantungan ini bererti hanya satu (China) daripada tujuh laluan hijau timbal balik yang terjalin antara Singapura dengan negara lain kekal dibuka.

RGL pertama yang digantung adalah antara Singapura dengan Indonesia. Ini menyusuli langkah Indonesia melarang kemasukan semua warga asing selama dua minggu antara 1 dengan 14 Januari.

Selepas tempoh itu, RGL ini tidak disambung semula. Jepun pula menggantung RGL bersama Singapura mulai 14 Januari selepas ia mengisytiharkan tempoh darurat pada Disember.

Pada Februari pula, Singapura menggantung RGL bersama Jerman, Malaysia dan Korea Selatan.

RGL diperkenal sebagai usaha memudahkan perjalanan bagi urusan perniagaan penting dan urusan rasmi.

Mereka yang memasuki Singapura di bawah aturan ini mesti ditaja syarikat atau agensi pemerintah di sini dan telah menjalani ujian Covid-19 sebelum keberangkatan dan sewaktu ketibaan bagi memastikan mereka tidak membawa virus ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg