Buat bising: Keluarga hadapi arahan mahkamah enggan turuti perintah
Premium
Buat bising: Keluarga hadapi arahan mahkamah enggan turuti perintah
Jan 8, 2020 | 5:30 AM
HADAPI UNDANG-UNDANG: Pasangan didapati bersalah melanggar perintah mahkamah yang terdahulu yang mengarahkan mereka berhenti membuat bising secara berterusan sehingga menyebabkan jiran atas mereka, Encik Daniel See, 29 tahun, tidak tenteram di rumahnya. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -
ANGGOTA keluarga yang telah diberikan Perintah Pengecualian pertama di Singapura, yang melarang mereka dari menetap di rumah sendiri, berkata mereka tidak berniat mematuhinya.
Cik Iwa dan Encik Low Bok Siong telah dilarang ke rumah mereka sendiri selama sebulan bermula kelmarin atas arahan Tribunal Resolusi Pertikaian Masyarakat (CDRT).

