Pusat Sukan Belayar Nasional (NSC) telah menghentikan semua kegiatan air selepas buaya dilihat di perairan di Pantai East Coast pada Isnin (6 Nov).

Jurucakap NSC memberitahu akhbar The Straits Times pada Selasa (7 Nov) bahawa pekerja binaan di tapak binaan berhampiran telah melaporkan mereka melihat buaya pada petang Isnin.

Sekitar 120 pelayar terjejas apabila kegiatan air dihentikan.

"Persekutuan Sukan Belayar Singapura serta-merta memberitahu Lembaga Taman Kebangsaan dan membatalkan semua latihan dalam air dengan serta-merta," kata jurucakap itu, yang menambah kegiatan air tidak akan dibenarkan sehingga notis selanjutnya, demi mengutamakan keselamatan pelayar.

Menurut jurucakap itu, ini adalah kali pertama buaya dilihat di perairan berhampiran pusat itu.

Ibu bapa yang bimbang berkongsi maklumat menerusi WhatsApp, dan memohon maklumat tentang keselamatan anak-anak mereka.

Seorang bapa yang enggan namanya digunakan memberitahu ST bahawa NSC menghalang semua kanak-kanak daripada melancarkan kapal mereka pada Isnin.

"Semua kanak-kanak tidak seharusnya dibenarkan belayar di kawasan ini selagi buaya itu tidak ditemui," katanya.

Lihat berita utama daripada semua kategori di satu tempat.

Pada Selasa, beberapa papan tanda dipasangkan di pantasi berhampiran NSC, yang memberi panduan kepada pengunjung tentang perbuatan yang wajar jika menemui buaya.