Topic followed successfully
Go to BHkuBudak 2 tahun, kru kapal antara 5 kes import Covid-19 baru: MOH
Budak 2 tahun, kru kapal antara 5 kes import Covid-19 baru: MOH
Budak 2 tahun, kru kapal antara 5 kes import Covid-19 baru: MOH
SEORANG kanak-kanak perempuan warga Singapura berusia dua tahun yang pulang ke tanah air dari Nepal merupakan antara lima kes import baru dilaporkan pada Khamis (8 Oktober). Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Khamis malam (8 Oktober) berkata kanak-kanak itu pulang ke sini pada 25 September lalu.
Satu kes pula merupakan jurutera warga Perancis berusia 31 tahun yang tiba di sini dari negara itu dengan pas lawatan jangka pendek.
Satu lagi adalah pemegang Pas Kerja warga Jepun berusia 32 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari Jepun.
Kededua lelaki itu bekerja di Singapura.
Baki dua kes import melibatkan dua kru kapal yang tiba dari Malaysia pada 23 September lalu.
Menurut MOH mereka tidak turun dari kapal tetapi selepas didapati positif Covid-19 mereka dihantar ke hospital dengan ambulans.
Selain kes import, empat kes lain melibatkan penghuni di dormitori.
MOH berkata lagi 44 kes telah dibenar keluar hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat menjadikan jumlah pesakit pulih kepada 57,668 orang.
Seramai 35 kes pula masih di hospital dengan salah seorang kritikal.
Sejauh ini, 27 telah meninggal dunia akibat virus tersebut.

