Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak 5 tahun maut selepas jatuh dari tingkat 8 di Woodlands

Jan 6, 2019 | 4:02 PM
MENINGGAL DUNIA: Seorang budak lelaki yang terkunci dalam unit pejabat ibu bapanya di sebuah bangunan di Woodlands Close meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat lapan bangunan tersebut.
MENINGGAL DUNIA: Seorang budak lelaki yang terkunci dalam unit pejabat ibu bapanya di sebuah bangunan di Woodlands Close meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat lapan bangunan tersebut. - Foto LIANHE ZAOBAO

SEORANG budak lelaki berusia lima tahun yang secara tidak sengaja terkunci dalam unit pejabat ibu bapanya di Woodlands Close jatuh dari tingkat lapan bangunan tersebut semalam (5 Januari).

Difahamkan, kanak-kanak itu ingin keluar menerusi tingkap.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian di 11 Woodlands Close itu sekitar 9 malam.

Budak lelaki yang ditemui terbaring di kaki bangunan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.

Polis sedang menyiasat kematian luar biasa ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg