Premium
Budak lelaki maut selepas tersepit di bawah bas SMRT
May 25, 2018 | 5:30 AM
TERPERANGKAP DI BAWAH BAS: Seorang budak lelaki maut selepas tersepit di bawah bas ini sewaktu menyeberang jalan di Choa Chu Kang semalam. - Foto WANBAO -
SEORANG budak lelaki berusia enam tahun yang tersepit di bawah bas SMRT semasa menyeberangi jalan di Choa Chu Kang telah meninggal dunia semalam.
Budak lelaki itu dilaporkan mengalami beberapa kecederaan teruk dan dikejarkan dalam keadaan tidak sedar diri ke Hospital Universiti Singapura (NUH).

