Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak setahun antara 3 kes jangkitan Covid-19 baru: MOH

Oct 27, 2020 | 12:07 AM
DUA KES IMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti dua kes import melibatkan kanak-kanak warga India dengan sejarah perjalanan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan pelajar 21 tahun dengan sejarah perjalanan dari Perancis pada Isnin (26 Oktober). - Foto CHINESE MEDIA GROUP
DUA KES IMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti dua kes import melibatkan kanak-kanak warga India dengan sejarah perjalanan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan pelajar 21 tahun dengan sejarah perjalanan dari Perancis pada Isnin (26 Oktober). - Foto CHINESE MEDIA GROUP -

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia setahun dengan sejarah perjalanan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) adalah antara tiga kes Covid-19 baru yang dikesan Kementerian Kesihatan (MOH).

Dalam kenyataannya pada Isnin malam (26 Oktober), MOH menjelaskan kanak-kanak warga India itu merupakan pemegang pas tanggungan yang berkait dengan kes sebelum ini.

Lagi satu kes import yang dikesan merupakan pemegang pas pelajar berusia 21 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari Perancis.

Kedua-duanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN.

Dalam pada itu, satu kes dormitori dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan secara dwimingguan buat pekerja di dormitori.

Lagi 21 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 43 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg