Bagaimana jika semangkuk laksa bertukar menjadi pasta?

Atau rasa lemak durian dipadankan dengan sos krim Italy?

Kedengaran luar biasa, namun itulah pengalaman yang menanti pengunjung di Atrium Restaurant, Holiday Inn Singapore Atrium, menerusi bufet istimewa ‘Nyonya Meets the World’.

Berlangsung dari 27 Julai hingga 9 September 2026, bufet sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-61 ini mengetengahkan satu idea cukup berani, menggabungkan warisan masakan Peranakan dengan inspirasi kulinari antarabangsa.

Antara sajian yang paling dinantikan ialah ‘durian cream sauce pasta’, satu hidangan gabungan sos krim lembut dengan aroma durian yang cukup sinonim dengan Asia Tenggara.

Turut mencuri perhatian ialah ‘mee siam style pasta’ dan laksa pasta, dua hidangan yang mengangkat makanan tempatan ke dimensi baharu tanpa menghilangkan rasa asal kegemaran ramai.

Selain itu, sajian ‘pan-seared fish with turmeric lime cream sauce’, ‘Moroccan lamb stew’ dan ‘chicken roulade with truffle mushroom sauce’, menjadi pilihan yang tidak kurang menariknya.

Walaupun tampil dengan pelbagai pembaharuan, bufet ini masih memberi penghormatan kepada resipi tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat Peranakan.

Pengunjung boleh menikmati ayam buah keluak; ayam pongteh; ‘nyonya style beef cheek rendang’; ‘nyonya assam curry fish’; udang masak lemak nanas dan ‘nyonya jackfruit curry’ – disediakan penuh nostalgia.

Bukan sekadar hidangan di meja bufet, pengunjung juga berpeluang menikmati sajian panas daripada stesen masakan secara langsung yang menawarkan laksa Singapura, nasi ayam Hainan, prata, popiah, telur dadar tiram serta banyak lagi.

Pada waktu makan malam (hari Minggu), pengalaman menjamu selera menjadi lebih istimewa dengan hidangan premium.

Antaranya ‘slow-roast chinese five spice wagyu beef d-rump’, ‘slow-bake char siew lamb leg’, ‘Singapore chili slipper lobster’ dan pelbagai hidangan menarik lain.

Ruang pencuci mulut pula umpama syurga buat penggemar manisan.

Daripada pengat durian, ‘deep fried durian balls’, aneka kuih Nyonya, kuih lapis, cendol hingga ais kacang dan ‘chocolate fondue’ – setiap hidangan menjadi penutup sempurna untuk sajian anda.

Harga bufet bermula daripada $99++ bagi setiap orang dewasa.

Tetapi, tawaran 1-untuk-1 membolehkan tetamu menikmati pengalaman ini pada harga serendah $49.50++ seorang selepas diskaun.

Keluarga bersama anak kecil juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan apabila kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah, dapat menjamu selera secara percuma.

Sementara itu, ahli IHG One Rewards turut berpeluang mengumpul dua kali ganda mata ganjaran sehingga 31 Ogos 2026.

Lebih berbaloi, tempahan berkumpulan (lima orang dewasa) layak menikmati diskaun sebanyak 55 peratus untuk bufet makan malam pada hari bekerja, menjadikan setiap sesi santapan lebih meriah dan menjimatkan.

Atrium Restaurant merupakan restoran yang memiliki sijil halal, sesuai untuk seisi keluarga dan mudah dikunjungi kerana hanya sekitar tiga minit berjalan kaki dari Stesen MRT Havelock.

HARGA BUFET (SEBELUM DISKAUN)

Makan Tengah Hari:

* Isnin – Jumaat: $99++ untuk seorang dewasa, $25++ bagi setiap kanak-kanak (6 – 12 tahun)

* Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: $109++ untuk seorang dewasa, $25++ bagi setiap kanak-kanak (6 – 12 tahun)

Makan Malam:

* Isnin – Khamis: $119++ untuk seorang dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (6 –12 tahun)

* Jumaat – Ahad dan Cuti Umum: $129++ untuk seorang dewasa, $30++ bagi setiap kanak-kanak (6 – 12 tahun)

MAKLUMAT TEMPAHAN:

* Tempat bufet Ramadan: Atrium Restaurant, Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, Level 4, Singapore 169075

* E-mel kepada atriumrestaurant.sinhi@ihg.com, atau WhatsApp ke talian +65 9114-0258 atau hubungi talian +65 3138-2530 untuk sebarang tempahan.

* Bagi tempahan secara dalam talian, sila klik pautan berikut: https://www.tablecheck.com/en/holidayinn-atrium-atrium-restaurant/reserve/landing.

* Layari https://singaporeatrium.holidayinn.com untuk lebih banyak maklumat.