Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bukti hasil siasatan PI boleh digunakan di mahkamah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukti hasil siasatan PI boleh digunakan di mahkamah

Jan 26, 2024 | 04:38 PM



Bahan bukti atau laporan yang dikemukakan penyiasat peribadi (PI) berlesen boleh diterima dalam perbicaraan mahkamah, selagi mana tidak ada unsur yang menyalahi undang-undang atau fabrikasi dalam pemerolehan bukti tersebut.

Demikian dinyatakan peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP, Encik Abdul Rohim Sarip, serta pengarah operasi dan PI berlesen bagi International Investigators Pte Ltd, Encik Mohamad Haja Mohamed Nasar.

Dalam kes curang sebagai contoh, Encik Haja menjelaskan bahawa sekiranya bahan bukti yang dikumpul PI mendapati berlaku penyelingkuhan sama ada daripada pihak lelaki atau wanita, pelanggan boleh mengetengahkannya di mahkamah dalam tuntutan cerai.

Perkara sedemikian turut dikongsi Encik Abdul Rohim, yang telah melihat “banyak laporan (bahan bukti) sedemikian difailkan” di mahkamah.

“Biasanya, ia tidak dipertikaikan apabila berhadapan dengan bukti jelas dan tidak boleh dinafikan,” katanya.

Sungguhpun demikian, beliau menerangkan bahawa pendedahan berlakunya kecurangan dengan bahan bukti yang dikemukakan PI bukanlah asas untuk bercerai dari sudut undang-undang syariah – berbeza daripada perceraian sivil.

“Bukti tersebut menunjukkan kedua-dua pihak tidak lagi boleh hidup bersama sebagai suami isteri dan adalah lebih baik bagi mereka berpisah.

“Sekiranya si suami tidak ingin menjatuhkan lafaz (talak), perkara itu kemudiannya boleh dirujuk kepada hakam.

“Oleh demikian, laporan PI tidaklah penting. Ia akan bantu membuktikan agar pihak lain tidak boleh menafikannya,” ujar Encik Rohim.

Encik Haja berkata, ada kalanya pelanggan meminta beliau melakukan perkara tertentu “di luar kebiasaan”.

“Ada pelanggan yang mempunyai bukti mereka tersendiri, jadi mereka ingin kami ketengahkan dalam laporan kami agar bukti memihak kepada mereka di mahkamah.

“Saya tidak berbuat demikian (dan menolaknya),” jelas beliau.

Dalam laporan The Straits Times pada 31 Januari 2022, hakim menarik perhatian terhadap laporan PI, di samping bukti-bukti lain, ketika mempertimbangan keputusan bagi kes hak penjagaan anak-anak.


Dalam kes tersebut, Hakim Daerah Shobha G. Nair memberikan hak penjagaan budak perempuan – berusia dua tahun pada waktu itu – kepada ayahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >