Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku imbas kenangan hidup di kampung

Sep 9, 2018 | 5:30 AM
BELAJAR DI AMBEN: Semasa kecil dahulu, Encik Sidek membuat kerja sekolah di amben di rumah kampungnya. Pada waktu malam, amben itu dijadikan katil. - Ilustrasi OPUS EDITORIAL
BELAJAR DI AMBEN: Semasa kecil dahulu, Encik Sidek membuat kerja sekolah di amben di rumah kampungnya. Pada waktu malam, amben itu dijadikan katil. - Ilustrasi OPUS EDITORIAL -

Buku Anak Kampung Bernama Sidek menceritakan perihal mantan Menteri Negara Kanan (Pendidikan) Sidek Saniff ketika beliau membesar di sebuah kampung. Biarpun hidupnya miskin, beliau bertekad waja dan gigih menimba ilmu hingga menjadi guru dan seterusnya menyertai politik.

Kisah perangsang ini dipetik daripada buku beliau yanng bertajuk Langkah Liku-Selayang Kenangan.

Dalam kata-kata aluannya yang diterbitkan dalam buku itu, Encik Sidek berkata biarpun usianya sudah mencecah 80 tahun, pengalaman hidup di kampung masih segar dalam ingatannya.

"Dahulu terdapat banyak kampung di Singapura. Saya ingin berkongsi rasa seronok saya semasa kecil.

"Walaupun susah, keluarga saya hidup sederhana.

"Selaku anak sulung, saya gigih membina masa depan dan tidak lupa akan mereka yang membantu saya. Apa jua yang diraih dalam kehidupan sentiasalah bersyukur dan usah lupakan asal usul kita," kata Encik Sidek.

Buku itu penuh dengan kenangan silam yang seperti belajar di bawah sinaran lampu minyak tanah, bermain guli dan mainan buatan sendiri serta menjaja kuih-muih kampung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg