Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku karya siswa galak teman peka tentang Melayu dilancar
HIDUPKAN BAHASA: Ahli Kumpulan Karyawan Melayu NTU/NIE Perbayu mengedarkan antologi pertama mereka kepada hadirin di Malam Sastera Perbayu 2019 yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa 2019. - Foto ihsan SITI ROSNIAH MD ISA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 27, 2019 | 5:30 AM
DALAM usaha menggalak mahasiswa bersikap lebih peka akan ehwal masyarakat Melayu dan berkongsi buah fikiran mereka mengenai isu berkaitan masyarakat, sebuah buku oleh rakan sebaya mereka dilancarkan baru-baru ini.
Antologi cerpen dan sajak bertema 'Kemasyarakatan' itu dihasilkan oleh mahasiswa daripada Kumpulan Karyawan Melayu NTU/NIE (KKMNN) Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU (Perbayu).
