Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku kecil Belanjawan 2021 bersama akhbar

Mar 20, 2021 | 5:30 AM
PERCUMA: Buku kecil Belanjawan 2021 - Bangkit Lebih Kukuh Bersama akan disertakan dalam akhbar Berita Harian. - Foto MOF
PERCUMA: Buku kecil Belanjawan 2021 - Bangkit Lebih Kukuh Bersama akan disertakan dalam akhbar Berita Harian. - Foto MOF -

SETIAP isi rumah di Singapura akan menerima buku kecil Belanjawan 2021 yang akan disertakan dalam akhbar Berita Harian esok.

Buku setebal 22 muka surat itu mengandungi pelbagai langkah yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan semasa Belanjawan 2021 pada 16 Februari lalu.

Ini termasuk langkah membantu perniagaan, membantu pekerja dan individu yang sedang mencari pekerjaan, membantu keluarga, membantu satu sama lain serta menjamin kediaman yang mampan bagi generasi akan datang.

Belanjawan Bangkit Lebih Kukuh Bersama yang bernilai $107 bilion merupakan cara bagi Singapura terus memerangi krisis pandemik Covid-19 tahun ini.

Belanjawan itu bertujuan membantu setiap lapisan warga Singapura, termasuk golongan pekerja, perniagaan dan keluarga untuk terus mengharungi masa sukar ini sambil melabur bagi masa hadapan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg