Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku panduan PPIS bagi sokong keluarga asuh anak titipan

Nov 5, 2022 | 6:50 PM
Encik Mohamad Hairidian Hassan dan isterinya, Cik Zubaidah Abdullah Sani, mula menjadi ibu bapa titipan kepada seorang anak lelaki pada 2019 apabila anak titipan itu berusia 18 bulan.
Encik Mohamad Hairidian Hassan dan isterinya, Cik Zubaidah Abdullah Sani, mula menjadi ibu bapa titipan kepada seorang anak lelaki pada 2019 apabila anak titipan itu berusia 18 bulan. - Foto: PPIS

DEMI menyokong keluarga yang menjaga anak-anak titipan, PPIS Oasis melancarkan penerbitan buku pertamanya bertajuk Memupuk Perhubungan - Koleksi Amalan Terbaik oleh Ibu Bapa Angkat dan Profesional - hari ini (5 November).

Buku itu dilancarkan semasa Ulang Tahun ke-5 PPIS Oasis yang dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Buku yang dihasilkan adalah khidmat dan pengalaman keluarga titipan yang berpandukan sumbangan daripada pekerja sosial dan ibu bapa.

"Selama lima tahun PPIS Oasis mengendalikan pusat titipan ini, kami sedar bahawa ada ibu bapa titipan yang mungkin menghadapi kesukaran pada detik awal mereka menjaga anak tersebut.

"Kami ingin yakinkan mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Dengan adanya buku ini, mereka boleh merujuknya pada bila-bila masa diperlukan," kata Cik Tuminah Sapawi, Ketua Pegawai Eksekutif PPIS.

Majlis hari ini yang diadakan di Treehaus, Funan Mall, disertai sekitar 100 peserta yang terdiri daripada keluarga titipin, ahli Lembaga Pengarah PPIS dan rakan dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Pusat titipan Oasis ialah agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh MSF pada 2017.

Daripada 75 kanak-kanak pada 2017, jumlahnya telah meningkat kepada 140 kanak-kanak hari ini.

"Penerbitan buku panduan ini amat baik kerana kami dapat menimba pengalaman ibu bapa titipan yang lain.

"Setiap anak itu berbeza dan tugas mengasuhnya juga unik tetapi kami dapat banyak idea seperti pengurusan tingkah laku dan cara-cara membina perhubungan dengan anak titipan," kata Cik Zubaidah Abdullah Sani yang menjadi ibu bapa titipan pada 2019 kepada anak titipannya yang kini berumur lima tahun.

Cik Zubaidah dan suami kini mempunyai anak perempuan kembar mereka sendiri yang berumur 14 bulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg