Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Buku papar 10 kisah bapa inspirasi dilancar

Sep 16, 2017 | 2:30 PM
BUKU BAPA INSPIRASI: Buku "10 Kisah Bapa Inspirasi" tulisan wartawan Berita Harian, Encik Norman Sawi (lima dari kanan) dilancarkan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (tujuh dari kanan).
BUKU BAPA INSPIRASI: Buku "10 Kisah Bapa Inspirasi" tulisan wartawan Berita Harian, Encik Norman Sawi (lima dari kanan) dilancarkan Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (tujuh dari kanan). - Shahida Sarhid

SATU buku yang memaparkan himpunan 10 kisah inspirasi cinta dan pengorbanan para bapa yang menghadapi situasi unik dilancarkan pagi tadi.

Dinamakan "10 Kisah Bapa Inspirasi", buku terbitan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) dengan kerjasama Berita Harian itu bertujuan menggalak golongan bapa memainkan peranan lebih aktif dalam keibubapaan dan menekankan tentang pentingnya berkongsi proses keibubapaan.

Wartawan Berita Harian, Encik Norman Sawi, telah menulis buku ini yang antara lain menampilkan kisah inspirasi daripada para bapa seperti Mufti Dr Fatris Bakaram.

Tetamu terhormat iaitu Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan buku tersebut semasa seminar keibubapaan di Hotel Crowne Plaza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg