Acara inklusif libatkan masyarakat daripada umur, kaum berbeza
Premium
Acara inklusif libatkan masyarakat daripada umur, kaum berbeza
Tiga Duta Bahasa turut dilantik untuk acara dari 15 Ogos hingga 15 Oktober
Jul 30, 2016 | 5:30 AM

PENGGERAK BAHASA: Dua daripada tiga Duta Bahasa tahun ini, Encik Megat Muhammad Firdaus dan Ustazah Nurul 'Izzah Khamsani (kanan), bersama Cik Rahayu Mahzam, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016, di acara Bulan Bahasa di Muzium Negara semalam. Seorang lagi duta, Cik Siti Khalijah Zainal, tidak hadir. - Foto TAUFIK A. KADER -
ACARA Bulan Bahasa pada tahun ini kembali lagi dengan deretan kegiatan, pendekatan dan duta yang berbeza.
Menurut jawatankuasa Bulan Bahasa di acara yang diadakan di Muzium Negara semalam, dari aspek pendekatan pada tahun ini, mereka akan mengambil langkah inklusif, dengan masyarakat Singapura daripada latar belakang umur dan bangsa berbeza diajak sama memeriahkannya.

