Premium
Asah suara untuk sertai pesta syair berbaloi
Sep 18, 2016 | 5:30 AM

MAHIR BERSYAIR: Profesor Madya Fatimah Lateef mengucapkan tahniah kepada tiga peserta terbaik dalam peraduan Pesta Syair tahun ini, (dari kiri), Muhammad Amri Razali, Sean Timothy dan Afiq Danny Md Khidir. - Foto KHALID BABA -
SETELAH bertahun-tahun mengasah suara menyanyikan lagu-lagu mencabar yang dipopularkan Datuk Jamal Abdillah dan Black Hanifah, Muhammad Amri Razali tidak berasa gerun apabila tiba gilirannya bersyair di pentas.
Di hadapan lebih 200 hadirin terdiri daripada ibu bapa, guru, pengadil dan peserta lain, murid Sekolah Rendah Tampines North itu dengan yakin melatunkan suaranya di Pesta Syair 2016 semalam.

