Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bumbung platform bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar akan selesai dipasang semula sepenuhnya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bumbung platform bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar akan selesai dipasang semula sepenuhnya

Mar 12, 2024 | 07:42 PM



Bumbung di platform bekas Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tidak lama lagi akan dipasang semula sepenuhnya.

Sekitar 70 peratus kerja pemasangan semula kini siap sejak ia bermula pada Julai 2023.

Bahagian terakhir daripada 63 bahagian yang membentuk kanopi itu – setiap satu seberat kira-kira 60 tan, termasuk rangka keluli penyokong sementara – dijadual dipindahkan kembali ke lokasi asalnya pada 15 Mac.

Ini lebih enam tahun selepas kedua-dua kanopi itu dipotong dan dipindahkan supaya stesen MRT Cantonment di bawah Peringkat Keenam Laluan Circle (CCL6) boleh dibina di bawah platform bekas stesen kereta api itu.

Pada 2016, pihak berkuasa mengumumkan bahawa kanopi ikonik itu akan dipasang semula selepas kerja-kerja di stesen Cantonment selesai, kerana struktur itu penting kepada sejarah bekas stesen kereta api itu, yang siap pada 1931 dan kini menjadi monumen negara.

Kerja-kerja pemasangan semula, termasuk membina platform baru dan memasang semula paip air hujan, dijadual dilakukan hingga Ogos 2025.

Memberi perkembangan mengenai CCL6, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada 12 Mac kira-kira 88 peratus kerja pembinaan sivil telah siap, dan tiga stesen terbaru laluan itu – Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road – dijadual dibuka pada 2026, lapor The Straits Times.


Kerja bagi pembinaan stesen bawah tanah dan terowong berkaitan untuk CCL6 telah kebanyakannya siap, kata LTA, sambil menambah bahawa pembinaan pintu masuk, struktur di atas tanah dan kerja seni bina, elektrik dan mekanik sedang berjalan.

Pada 8 Mac, media dibawa meninjau kerja di sebalik tabir apabila salah satu daripada 63 bahagian platform kanopi itu yang dibawa dari kawasan penyimpanan kira-kira 700 meter dari lokasi asalnya.

Bahagian kanopi itu, seperti semua bahagian yang lain, dialihkan menggunakan dua pengangkut modular gerak sendiri – peralatan yang biasanya digunakan di tapak pembinaan untuk mengangkat berat.

Bahagian itu dibawa pada kelajuan tidak lebih 5 kilometer sejam, sedang pengangkut dikawal oleh pengendali menggunakan alat kawalan jauh.

Sebelum dialihkan semula, setiap satu daripada 63 bahagian kanopi telah menjalani kerja pemulihan di tempat penyimpanan.

Sebelum ini, bahagian tersebut dipindahkan ke tempat penyimpanan itu antara Julai dengan November 2017.

Kerja-kerja termasuk mencuci permukaan panel, serta menampal retakan dan menggantikan bahagian yang berkarat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >