Bunuh dan rompak penyelia: Warga M'sia dijel seumur hidup, 18 sebatan
Premium
Bunuh dan rompak penyelia: Warga M'sia dijel seumur hidup, 18 sebatan
Nov 5, 2020 | 5:30 AM
GUNA HASIL CURIAN UNTUK BELANJA KAHWIN: Dalam kejadian pada 24 November 2016, Ahmad Muin Yaacob (tengah) mencuri barang kemas yang dipakai oleh Cik Maimunah Awang, menyembunyikan jasadnya di dalam longkang dan melarikan diri ke Malaysia. - Foto fail -
KURANG sebulan memulakan kerja di Terminal Feri Tanah Merah, seorang pekerja pembersihan dari Malaysia bertengkar dengan penyelianya, menikamnya dengan pemotong rumput dan memukulnya hingga maut.
Ahmad Muin Yaacob, 27 tahun, lalu mencuri barang kemas yang dipakai oleh Cik Maimunah Awang, 54 tahun, menyembunyikan jasadnya di dalam longkang dan melarikan diri ke Malaysia.

