PARLIMEN biasanya meneliti dasar yang luas dan bukan perkara operasi sehari-hari.
Sementara parlimen meluluskan dasar kewangan dan perbelanjaan luas, butiran mengenai bagaimana peruntukan itu dibelanjakan adalah di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing, sambil menukil contoh perbahasan Belanjawan.
Demikian yang ditekankan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Leong Mun Wai, tentang sejauh mana parlimen boleh masuk campur ke atas perbelanjaan yang diluluskan.
Beliau memberi contoh tentang dana yang diberikan kepada Hab Sukan dan SPH Media Trust (SMT).
Encik Indranee berkata sekiranya kementerian tidak melakukan yang baik dalam perbelanjaannya, itu boleh dipersoalkan dalam Parlimen menerusi soalan Parlimen.
Terdapat juga jawatankuasa yang boleh meneliti belanjawan pemerintah dan menimbulkan persoalan yang juga boleh diakses oleh anggota Parlimen.
"Jadi kita mempunyai satu siri langkah semak dan imbangan. Kita juga mempunyai perlembagaan yang menetapkan rangka kerja. Dasar fiskal atau dasar kewangan yang bergantung kepada kelulusan parlimen dan boleh diperbahaskan...," kata beliau.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg