Topik diikuti
Pergi ke BHkuCAAS akan semak peraturan selepas juruterbang SIA gagal ujian alkohol: Parlimen
CAAS akan semak peraturan selepas juruterbang SIA gagal ujian alkohol: Parlimen
CAAS akan semak peraturan selepas juruterbang SIA gagal ujian alkohol: Parlimen
PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) kini menyemak peraturan dan prosedur, selepas juruterbang Singapore Airlines (SIA) ditangkap di Australia kerana gagal ujian alkohol.
"Mengendalikan kapal terbang sementara mabuk merupakan perkara yang serius. CAAS kini sedang menyemak peraturan dan prosedur untuk menghalang tingkah laku sedemikian," kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Lam Pin Min.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong) tentang sama ada terdapat kes-kes di Singapura, dalam tempoh 10 tahun lalu, di mana juruterbang yang sedang bertugas ditangkap minum alkohol atau makan dadah sebelum mengendalikan kapal terbang.
Juruterbang SIA itu, yang telah digantung daripada bekerja dan sedang disiasat oleh CAAS, ditangkap pada 15 September semasa pemeriksaan rambang oleh penguasa penerbangan awam Australia.
Dr Lam juga ditanya sama ada terdapat undang-undang yang mencukupi untuk menghalang tingkah laku sedemikian dan sama ada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di luar lapangan terbang Singapura mempunyai prosedur operasi yang cukup tegas untuk melakukan ujian rambang seperti itu.
Katanya, walaupun ujian darah rambang tidak dijalankan di Singapura, CAAS telah mengendalikan lebih daripada 900 pemeriksaan sejak 2013 dan tidak pernah mengesan juruterbang yang mabuk.