PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyedari penipuan e-mel yang sedang berlangsung, melibatkan penyamaran sebagai wakil CAAS.
Menurut CAAS, si penyamar menghantar e-mel ke pembekal untuk meminta sebut harga langsung barang atau perkhidmatan tertentu, dan mengeluarkan surat pengesahan palsu dan pesanan pembelian kepada mereka.
Alamat e-mel dengan nama atau domain serupa dengan e-mel CAAS yang sah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada penerima.
Contoh akaun palsu termasuk tenders@caasgovsg.com dan tenders.caas.gov@gmail.com.
CAAS memandang serius perkara tersebut dan telah melaporkan kes tersebut kepada polis untuk disiasat.
CAAS juga telah memberitahu pembekal yang terjejas untuk mengabaikan dan menyenarai hitam e-mel palsu.
CAAS ingin menasihati rakan perniagaan dan orang ramai agar sentiasa berwaspada e-mel mencurigakan yang kelihatan serupa dengan e-mel rasmi CAAS (@ caas.gov.sg), dan berhati-hati semasa berkongsi maklumat perniagaan atau peribadi mereka dalam talian.
Sekiranya ada menghadapi penipuan ini, sila abaikan e-mel dan jika perlu, buat laporan polis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg