Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CAAS: Video kumpulan besar penumpang Asia Selatan di Lapangan Terbang Changi 'mengelirukan', dirakam sebelum larangan perjalanan

May 6, 2021 | 5:49 PM
CAAS menjelaskan bahawa "tiada penerbangan dari Asia Selatan yang tiba di Terminal 1 pada awal Rabu". - Foto Facebook CAAS
CAAS menjelaskan bahawa "tiada penerbangan dari Asia Selatan yang tiba di Terminal 1 pada awal Rabu". - Foto Facebook CAAS -

SATU video yang dikatakan menunjukkan sekumpulan besar penumpang daripada Asia Selatan tiba di Lapangan Terbang Changi pada Rabu (5 Mei) - selepas Singapura memperketat sekatan perjalanan dari India - "mengelirukan", kata Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Dalam satu pos di Facebook pada Khamis, CAAS menjelaskan bahawa "tiada penerbangan dari Asia Selatan yang tiba di Terminal 1 pada awal Rabu".

Mereka dilihat berjalan melalui dinding adang pengubahsuaian (renovation hoarding), yang telah dialihkan pada 5 April, kata CAAS.

Ini menunjukkan bahawa video tersebut dirakam sebelum 11.59 malam pada 23 April, ketika pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang baru-baru ini mempunyai sejarah perjalanan ke India dilarang masuk atau transit melalui Singapura.

Sejak 1 Mei, kawalan sempadan yang sama telah dilanjutkan kepada pelawat yang baru-baru ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg