Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabang ‘Financial Times’ lawat BH lagi dalam program tarik pembaca muda

Nov 17, 2023 | 5:17 PM
KERJASAMA: Pasukan FT Strategies, yang terdiri daripada Pengetua FT Strategies, Encik Jim Egan (tiga dari kanan, baris depan); Pengurus FT Strategies, Encik Gareth Welsh (dua dari kanan, baris depan); Perunding FT Strategies, Encik Frasier Harding (empat dari kiri, baris depan); Perunding Utama & Ketua Asia Pasifik FT Strategies, Cik Sabrina Daryanani (dua dari kiri); dan Pengurus Perkongsian Produk Google News Initiative, Cik August Nguyen (kanan, baris depan); bertemu dengan pasukan Berita Harian (BH) yang antaranya terdiri daripada Editor BH, Encik Nazry Nazry Mokhtar (empat dari kanan, baris depan); Editor Audiens dan Pertumbuhan, Cik Norhaiza Hashim (tiga dari kiri, baris depan); Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin (dua dari kanan, baris belakang); dan Penolong Editor Berita, Nur Adilah Mahbob (kiri, baris depan).
KERJASAMA: Pasukan FT Strategies, yang terdiri daripada Pengetua FT Strategies, Encik Jim Egan (tiga dari kanan, baris depan); Pengurus FT Strategies, Encik Gareth Welsh (dua dari kanan, baris depan); Perunding FT Strategies, Encik Frasier Harding (empat dari kiri, baris depan); Perunding Utama & Ketua Asia Pasifik FT Strategies, Cik Sabrina Daryanani (dua dari kiri); dan Pengurus Perkongsian Produk Google News Initiative, Cik August Nguyen (kanan, baris depan); bertemu dengan pasukan Berita Harian (BH) yang antaranya terdiri daripada Editor BH, Encik Nazry Nazry Mokhtar (empat dari kanan, baris depan); Editor Audiens dan Pertumbuhan, Cik Norhaiza Hashim (tiga dari kiri, baris depan); Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin (dua dari kanan, baris belakang); dan Penolong Editor Berita, Nur Adilah Mahbob (kiri, baris depan). - Foto BH oleh KAIYISHAH AYUNI

Sebuah program yang bertujuan meneroka strategi bagi mengembangkan bilangan pembaca muda bawah 35 tahun Berita Harian (BH), yang disertai akhbar ini sejak Jun akan berakhir November ini.

Program itu – Makmal Kepelbagaian Audiens (ADL) – berlangsung selama enam bulan dan dikendalikan oleh cabang runding cara strategi akhbar Financial Times (FT), FT Strategies, yang berpangkalan di London.

Pada Jumaat, pasukan FT Strategies berkunjung ke bilik berita BH untuk berkongsi dan menganalisis dapatan dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang enam bulan itu.

Ini kali kedua pasukan FT Strategies berkunjung ke bilik berita BH. Kali pertama mereka melakukan kunjungan pada Julai 2023 untuk bertemu pasukan BH yang bekerjasama dengan mereka.

BH satu-satunya media Singapura yang terpilih bagi program ADL FT, yang ditaja oleh Google News Initiative (GNI). Media lain yang menyertai program itu termasuk MalaysiaKini dari Malaysia dan Tempo dari Indonesia.

Mengulas tentang kerjasama BH dengan FT Strategies, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata: “Kami mengalu-alujan kerjasama FT Strategies dan GNI dalam projek bersama BH ini.

“Laporan ini berguna kepada BH dalam menetapkan matlamat jangka panjang dan memperhalusi strategi kami, termasuk dalam usaha untuk mendekati audiens muda.

“Ini juga membantu kami dalam mengemas kini proses dalaman dan rangka kerja operasi kami.”

Selain berkongsi dapatan, dua pihak itu melihat bagaimana BH boleh terus berusaha ke arah matlamat ‘North Star’-nya, iaitu mencapai sebanyak dua juta tontonan halaman setiap bulan menjelang suku keempat 2025, dengan 40 peratus daripadanya merupakan pembaca bawah 35 tahun.

Menurut Editor Audiens dan Pertumbuhan BH, Cik Norhaiza Hashim, sekarang sekitar 25 peratus tontonan itu merupakan pembaca bawah 35 tahun.

“Salah satu perkara yang dilaksanakan melalui program ADL ialah penjajaran semula dan motivasi kakitangan muda kami sendiri. Kami mendekati kakitangan muda kami sekali setiap dua minggu untuk memastikan mereka bermotivasi dan mendapatkan idea meningkatkan kepelbagaian audiens dan cara menarik minat pembaca muda.

“Memandangkan mereka juga muda, mereka adalah golongan terbaik untuk memberi input dan juga memberi mereka rasa pemilikan dan kepunyaan ke atas produk BH,” ujar Cik Norhaiza.

Di samping itu, Cik Norhaiza juga berkongsi bahawa BH mendekati pelajar institut pengajian tinggi (IHL) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kerana mereka pembaca masa depan BH.

Sebagai sebahagian usaha mendekati pelajar IHL, BH melancarkan pojok baru berjudul GenKini yang menggalak sumbangan daripada golongan pelajar itu, serta platform baru, OMG, untuk mendekati golongan muda.

Butiran lanjut mengenai OMG akan diumumkan dalam masa terdekat.

BH turut mengembangkan wadah digitalnya, termasuk podcast #NoTapis, TikTok dan Instagram, bagi menarik pembaca muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg