Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabaran minum air kosong 7 hari

Nov 10, 2018 | 4:14 PM
SAHUT CABARAN: Asyah Aziz antara personaliti setempat yang telah menyahut Cabaran Minum Air Kosong 7 Hari sempena Hari Kencing Manis Sedunia pada 14 November.
SAHUT CABARAN: Asyah Aziz antara personaliti setempat yang telah menyahut Cabaran Minum Air Kosong 7 Hari sempena Hari Kencing Manis Sedunia pada 14 November. - Foto FAIL THE NEW PAPER

TUJUH hari tidak minum air manisan dan bergas, tetapi air kosong sahaja.

Itulah cabaran yang dianjurkan sebagai sebahagian Kempen Minum Air Kosong yang diadakan sempena Hari Kencing Manis Sedunia Rabu ini (14 November).

Ia dilancarkan Kementerian Kesihatan (MOH) bersama Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Antara mereka yang sudah mengikuti cabaran itu termasuk pelbagai personaliti setempat seperti penyanyi Aisyah Aziz.

Menerusi Instagram penyanyi itu baru-baru ini, Aisyah akui prihatin tentang penyakit kencing manis yang dialami keluarganya.

"Saya sedar saya mempunyai risiko lebih tinggi mewarisinya disebabkan faktor keturunan.

"Maka itulah, saya memutuskan untuk menyahut Cabaran Minum Air Kosong 7 Hari sebagai sebahagian daripada pergerakan untuk sama-sama menentang kencing manis!" ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg