Topik diikuti
Pergi ke BHkuCabaran perubahan iklim boleh cetus peluang kreatif
Nov 20, 2018 | 5:30 AM
Cabaran perubahan iklim boleh cetus peluang kreatif
PERUBAHAN iklim membawa bukan sahaja cabaran besar, malah membuka peluang, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean (gambar sisipan) semalam.
"Perubahan iklim adalah salah satu cabaran global paling besar dalam zaman kita," jelas beliau sambil berkata ia memerlukan penyelesaian global dan kerjasama antara pemerintah, sektor privet masyarakat sivil dengan rakyat biasa.