Premium
Cabaran tetap ada tapi rumah tangga kekal utuh
Hab Inspirasi PPIS perkasa pasangan dengan pelbagai ilmu termasuk kemahiran kewangan, mendidik anak
Dec 4, 2017 | 5:30 AM

ULANG TAHUN ISTIMEWA: Encik Mohamad Shamsul Sutohmoh (tiga dari kiri) dan Cik Zuliana Zainal, yang bersama anak mereka Zafran Syabil, menerima hadiah bagi perkahwinan mereka selama 10 tahun. Zafran turut memberi cenderahati kepada Dr Yaacob. Bersama mereka ialah CEO PPIS Mohd Ali Mahmood (kiri) dan Pengarah Eksekutif AMP Mohd Anuar Yusop (kanan). - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
SETIAP pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pasti berdepan dengan cabaran.
Begitu juga dengan pasangan Encik Mohamad Shamsul Sutohmoh, 37 tahun, dan Cik Zuliana Zainal, 29 tahun, yang membina mahligai mereka 10 tahun lalu.

