Mustafa Jewellery (mustafajewellery.com) mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk acara cabutan bertuah besar-besaran bagi mengumumkan pemenang utama yang akan menerima $1.32 juta (AS$1 juta) daripada Mustafa Jewellery pada akhir November 2024.
Cabutan bertuah itu menandakan acara kemuncak, dengan Mustafa Jewellery turut meraikan lima pemenang bertuah bulanan yang masing-masing akan membawa pulang $6,600 atau AS$5,000.
Para pelanggan Mustafa Jewellery teruja apabila mengetahui tentang hadiah utama untuk cabutan bertuah besar-besaran itu.
“Sambutannya benar-benar luar biasa. Keseronokan di sekitar hadiah utama telah benar-benar memikat pelanggan kami.
“Ramai yang teruja dengan peluang untuk mengambil bahagian, dan ia telah mewujudkan suasana yang meriah di kedai kami.
“Kami telah melihat ramai pelanggan bukan sahaja kembali untuk lebih banyak pembelian malah turut menyebarkan berita kepada rakan dan keluarga mereka...
“Jelas sekali bahawa hadiah ini telah mencetuskan minat...,” kongsi salah seorang kakitangan Mustafa Jewellery, Encik Houthu.
Ini kali pertama Mustafa Jewellery menawarkan hadiah utama sebanyak AS$1 juta dalam cabutan bertuah.
Setakat ini, seramai 61 pemenang cabutan bertuah bulanan telah diraikan.
Seorang lagi pekerja di kedai emas, Mustafa Jewellery, yang terletak berhampiran Mustafa Centre, Encik Saleem, berkata:
“Ia merupakan satu peristiwa penting bagi kami di Mustafa Jewellery, dan kami sangat teruja untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan menjelang akhir 2024.
“Bagi masa hadapan, kami sentiasa menyasarkan untuk berinovasi dan mengejutkan pelanggan kami, jadi kami pastinya terbuka kepada idea untuk menawarkan peluang menarik yang serupa sekali lagi. Sambutan positif setakat ini amat kami hargai.”
Acara terbesar menyambut pemenang $1.32 juta itu akan diadakan pada 24 November, 3 petang hingga 5 petang di Civil Service Club Ballroom, Tessensohn Road.
Mustafa Jewellery menjemput orang ramai supaya mendaftar bagi meraikan acara penuh meriah itu.
Tetamu berdaftar akan dihiburkan dengan pelbagai kegiatan seperti persembahan budaya bunyian gendang, Dhool.
Terdapat juga beg buah tangan yang mengandungi barangan berjenama, turut diberikan kepada hadirin nanti.
Orang ramai boleh mendaftar untuk menghadiri acara. Mereka yang membuat pembelian pula berpeluang memenangi cabutan bertuah.
Mereka yang mendaftar boleh datang dengan pakaian terhebat penuh bergaya untuk merebut peluang memenangi pakaian terbaik lelaki atau perempuan.
Maklumat terkini tentang acara tersebut boleh didapatkan dengan melungsuri Mustafa Jewellery di media sosial Facebook: mustafajewellerysg atau Instagram: mustafajewellerysg atau Tiktok: mustafajewellerysg.
Mustafa Jewellery terletak di bangunan Spa Building #01-01, Verdun Road, Singapura 207274.
Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman web, https://mustafajewellery.com
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg