Topik diikuti
Pergi ke BHkuCacar monyet tidak mungkin jadi pandemik tetapi kes mungkin dikesan di S'pura dalam minggu mendatang: Ong Ye Kung
Cacar monyet tidak mungkin jadi pandemik tetapi kes mungkin dikesan di S'pura dalam minggu mendatang: Ong Ye Kung
Cacar monyet tidak mungkin jadi pandemik tetapi kes mungkin dikesan di S'pura dalam minggu mendatang: Ong Ye Kung
CACAR monyet kemungkinan besar tidak akan menjadi pandemik seperti Covid-19 tetapi Singapura tidak harus terkejut jika virus ini dikesan di sini, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Sabtu (28 Mei).
Dalam satu pos Facebook, beliau berkata: "Dalam minggu-minggu mendatang, kita tidak harus terkejut jika cacar monyet ini dikesan di Singapura, sedang penduduk kita mengembara secara meluas dan kita pula adalah hab komersial dan antarabangsa.
""Mujurlah, kita telah mengenalkan beberapa protokol dan langkah kesihatan awam yang perlu menyusuli tercetusnya kes import pada 2019."
Dalam lampiran pos Facebook itu, Encik Ong memberi jaminan kepada orang awam bahawa cacar monyet ini tidak mungkin menjadi pandemik seperti Covid-19 kerana ia dijangkiti kebanyakan masanya menerusi kontak fizikal yang rapat serta tidak tersebar menerusi udara seperti koronavirus.
"Sebagai contoh, jika anda sangat rapat dengan seseorang yang mempunyai luka ruam kerana cacar monyet, anda boleh dikesan," tambahnya sambil menjelaskan lebih lanjut tentang tempoh inkubasi serta tanda penyakit ini yang biasa dialami.
Encik Ong menasihati orang ramai agar bertemu doktor segera jika mendapati ruam yang payah diperjelaskan untuk diperiksa meskipun mereka tidak pernah mengembara ke mana-mana baru-baru ini. Ini adalah bagi memastikan mereka dapat dikesan awal dan menerima rawatan segera.
"Kebanyakan masa ia adalah kerana satu lagi penyakit yang biasa seperti cacar air, tetapi jika anda mempunyai cacar monyet, anda justeru itu boleh menerima jagaan sewajarnya dan mengelakkan daripada ia merebak kepada orang lain sekeliling anda," kata Encik Ong.
Beliau juga menasihati orang ramai agar mengelakkan daripada berhubung rapat dengan individu yang tidak sihat dan demam atau mempunyai ruam seperti cacar.
Menurutnya lagi, baik untuk mengekalkan mutu kebersihan peribadi yang tinggi setiap masa, termasuk membasuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh muka.
