Topik diikuti
Pergi ke BHkuCAD namakan Jho Low sebagai antara 'tiga orang berkepentingan' dalam siasatan

Nov 11, 2016 | 5:30 AM
CAD namakan Jho Low sebagai antara 'tiga orang berkepentingan' dalam siasatan
JABATAN Ehwal Perniagaan (CAD) berkata ia sedang menyiasat hartawan Malaysia Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low; rakan niaga rapatnya, Eric Tan Kim Loong; dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, tentang pengubahan wang berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, pegawai penyiasat CAD, Encik Oh Yong Yang, memberitahu mahkamah - pada hari kelapan perbicaraan mantan pegawai bank BSI Yeo Jiawei - bahawa tiga lelaki itu adalah "orang berkepentingan" dalam siasatan CAD ke atas "kes pengubahan wang rumit, licik dan yang terbesar melibatkan berbilion dolar" yang dikaitkan dengan 1MDB.