Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Cadangan penambakan laut untuk bina Long Island antara isu dibahas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cadangan penambakan laut untuk bina Long Island antara isu dibahas

Jan 09, 2024 | 05:20 PM



Soal pengimportan pasir menjadi antara isu yang menarik tumpuan semasa Parlimen bersidang pada 9 Januari.

Enam Anggota Parlimen (AP) mengajukan pelbagai soalan menyentuh kesan ke atas alam sekitar disebabkan projek penambakan laut besar-besaran berhampiran pantai East Coast bagi pembentukan ‘Long Island’.

Antara persoalan yang diajukan menyentuh rangka kerja pemerolehan pasir oleh pemerintah di tengah-tengah kebimbangan mengenai rancangan menambak laut seluas 800 hektar – menyamai keluasan 1,120 padang bola sepak.

Projek ‘Long Island’ ini adalah tindak balas pemerintah dalam menangani ancaman kenaikan paras laut dan banjir di pedalaman kawasan East Coast.

Pembinaan pulau baru ini kelak akan menyaksikan keluasannya dua kali ganda saiz Marina Bay dan boleh menempatkan kawasan perumahan dan kemudahan lain, seperti kolam air.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) dan Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) bertanya tentang sumber pasir dan jika pemerintah akan menerbitkan senarai negara yang akan menjadi sumber bekalan pasir yang diperlukan.

Selain itu, anggota Dewan juga bertanya sekiranya pemerintah mengambil kira kesan sosial dan ekologi daripada kerja-kerja pengorekan pasir.

Dalam jawapannya, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata: “Pengimportan pasir bagi penambakan laut di Singapura dijalankan secara komersial, dan pasir diimport dari pelbagai sumber.”

Pengimport dijangka mematuhi undang-undang dan peraturan negara sumber, kata Encik Lee.

Ini termasuk mendapatkan pasir dari kawasan yang dibenarkan oleh undang-undang, mendapatkan dokumentasi eksport yang betul dan permit daripada pihak berkuasa berkaitan, serta mematuhi peraturan yang mengawal pengambilan dan pengangkutan pasir di negara pembekal.

Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) bertanya sama ada pengimport pasir diaudit.

Encik Lee berkata keperluan untuk mematuhi peraturan negara sumber dinyatakan dalam dokumen tender.

Akhbar The Straits Times telah bertanya kepada Kementerian Pembangunan Negara (MND) jika rangka kerja perolehan pasir pada masa ini akan didedahkan kepada umum, serta sumber pasir untuk projek yang berlaku di Singapura.


Agensi awam akan menjalankan kajian teknikal untuk projek Long Island selama lima tahun, bermula dari awal 2024.

Orang ramai juga akan dirujuk bagi idea dan cadangan mereka mengenai projek itu, yang akan mengambil masa beberapa dekad untuk merancang, mereka bentuk dan membangun.

Pelan semasa adalah untuk tiga kawasan tanah yang memanjang ditebus di kawasan itu, dari Marina Timur ke Tanah Merah.

Laluan darat paling timur akan bermula dari Tanah Merah, manakala laluan paling barat akan menjadi lanjutan dari Marina Timur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >