Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cahaya seni lampu tambah seri halaman Taman Warisan Melayu

Apr 28, 2022 | 5:30 AM
Foto ZAOBAO
Foto ZAOBAO -

HALAMAN Taman Warisan Melayu (TWM) bermandi cahaya dengan seni pemasangan lampu yang dilancarkan kelmarin.

Dinamakan Rainbow Connection II, ia dihasilkan artis Singapura, Cik Lee Yun Qin, dengan kerjasama masyarakat.

Dipersembahkan oleh TWM serta agensi perkhidmatan sosial Brighton Connection, seni pemasangan itu terbentuk daripada 500 modul lampu suria yang tergantung.

Lampu itu memancarkan pelbagai warna pada lantai dan ini menghasilkan cahaya berwarna-warni menarik pada waktu malam.

Modul lampu itu diperbuat daripada balang biskut dan lampu suria.

Apabila disatukan, ia menghasilkan pancaran cahaya yang hidup apabila bergoyang dengan lembut dek ditiup angin.

Rainbow Connection II juga menyatukan masyarakat menerusi kreativiti dan seni, dengan setiap unit lampu dilukis benefisiari Brighton Connection.

Seni pemasangan lampu itu terletak di keliling air pancut TWM.

Orang ramai boleh menyaksikannya hingga 29 Mei ini sebelum ia dibawa ke estet MacPherson dan Taman Belia Somerset.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg