Topik diikuti
Pergi ke BHkuCalon PAP raih semangat daripada keluarga, aktivis
Premium
Calon PAP raih semangat daripada keluarga, aktivis
Sep 10, 2015 | 10:16 AM
Calon PAP raih semangat daripada keluarga, aktivis

MENDEKATI PENDUDUK: Calon GRC East Coast, Cik Jessica Tan, bergambar bersama penduduk di kawasan Changi Simei semasa salah satu sesi kunjungan ke rumah penduduk. - Foto JESSICA TAN FACEBOOK -
ANGGOTA keluarga terdekat dan aktivis yang telah menghulurkan bantuan dalam kempen pilihan raya ini telah mendorong calon PAP bagi GRC East Coast, Cik Jessica Tan, supaya terus bersemangat mendekati rakyat Singapura pada hari terakhir kempen pilihan raya semalam.
"Suami dan anak-anak saya akan menunggu saya pulang walaupun sudah lewat malam, kadang kala selepas 12 tengah malam. Kami akan makan pada lewat malam walaupun ia kurang baik dan meluangkan masa berbual," kata Cik Tan yang mempunyai tiga anak.
