Premium
Calon WP rencam penuhi keperluan berbeza
Pritam berkata calon baru di GRC Marine Parade akan dapat beri nilai tambah kepada perbincangan awam dan di Parlimen
Jul 5, 2020 | 5:30 AM
MEWAKILI GOLONGAN YANG BERBEZA: Ketika Singapura menjadi masyarakat yang lebih kompleks dengan banyak golongan yang mempunyai keperluan yang berbeza, Encik Pritam berkata masyarakat memerlukan individu dan pasukan yang dapat mewakili mereka dalam masa akan datang. Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
CALON yang berbeza adalah kunci kepada perancangan strategik untuk memastikan bahawa pelbagai keperluan pelbagai kumpulan rakyat Singapura dipenuhi, kata ketua Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh.
Dengan beberapa calon baru yang akan bertanding di GRC Marine Parade, beliau berkata mereka dapat memberi nilai tambahan kepada perbincangan awam dan di Parlimen bagi menjadi suara penduduk.

