Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Caltex Singapore siasat insiden melibatkan kakitangan stesen minyak di Tampines dan pemandu BMW

Apr 15, 2018 | 3:40 PM
FOTO: Shin Min Daily News
FOTO: Shin Min Daily News -

CALTEX Singapore sedang menyiasat insiden yang berlaku semalam melibatkan seorang kakitangan stesen minyak warga tua yang bekerja di kios Caltex di Tampines Avenue 8, selepas beliau menawarkan untuk membayarkan minyak petrol pelanggan yang diisi penuh akibat kesilapannya.

Sebagai tindak balas kepada insiden tersebut, yang sejak itu telah menular di Facebook, Caltex Singapore meyakinkan semua pemandu bahawa pekerja tersebut 'tidak dipaksa untuk membayar'.

Pengguna Facebook Cik Kelly Yeo menulis kepada Caltex Singapore mengenai insiden yang melibatkan pemandu BMW itu dalam satu pos yang dimuatnaik semalam.

Seorang lagi pengguna, Encik Willie Kok Heng Chua, mengongsikan pos Cik Yeo di laman Facebooknya malam semalam, dan ia tular dengan lebih 24,000 perkongsian dan 6,700 komen dalam masa 12 jam. Dalam pos tersebut, Cik Yeo berkata pemandu BMW itu berkata bahawa petugas di stesen minyak itu silap mengisi tanki minyak keretanya sehingga penuh, dan ia mencecah $135, walaupun beliau hanya meminta jumlah petrol yang bernilai $10.

Apabila pemandu tersebut menekankan bahawa beliau hanya ingin membayar $10, petugas stesen minyak itu, yang kelihatan berusia sekitar 60 tahun, memberitahu juruwang bahawa beliau akan membiayai penuh kos tersebut.

Petugas itu menerangkan kepada juruwang bahawa beliau mendengar bahawa pemandu tersebut inging mengisi tanki keretanya sehingga penuh, namun ini dinafikan pemandu tersebut.

Ramai pengguna internet, seperti Cik Yeo, mempertimbangkan sama ada pemandu tersebut sepatutnya memberikan respons yang lebih baik dan membayar kos tersebut, kerana beliau tetap akan menggunakannya.

Pengguna internet yang lain juga bertanyakan kepada Caltex Singapore sama ada petugas tersebut boleh hanya membayar separuh daripada kos itu, walaupun jika ia memang kesilapannya.

Caltex Singapore berkata dalam pos di Facebooknya bahawa ia gembira dengan persepaduan yang ditunjukkan pekerjanya di Tampines itu.

"Pengurus stesen kami bersama pasukan pengurusan sedang mempertimbangkan isu tersebut dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg