Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Campur tangan awal penting bagi anak dengan masalah pendengaran sejak lahir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Campur tangan awal penting bagi anak dengan masalah pendengaran sejak lahir

Nov 25, 2023 | 05:30 AM



Sejak lahir, Justin Absar Muhammad Sofian berkali-kali gagal pemeriksaan pendengarannya.

Doktor menyarankan agar ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan pengimejan resonans magnet (MRI) dilakukan namun tidak dapat melihat sebarang kesan yang menjejas pendengarannya.

Menceritakan tahap awal mendapat tahu anaknya itu mungkin tidak dapat mendengar, bapa Justin, Encik Muhammad Sofian Ahmad, 46 tahun, berkongsi:







“Doktor tidak mengesahkan (Justin) ada apa-apa kerana tak ada bahagian di telinganya atau di saluran pendengarannya yang rosak.

“Pemeriksaan yang dilakukan berterusan. Kata doktor, kadang-kadang anak yang baru lahir... kalau ada benda yang berbunyi, ada kanak-kanak yang tak beri respons atau mungkin beri respons lambat.”

Ibu Justin, Cik Jecky Augustine Johansyah, 45 tahun, pula menambah:

“Pada awalnya macam tak percaya, sebab tak ada latar belakang keluarga yang mempunyai masalah ini, jadi kita macam tak terima, tapi ini kan ketentuan Allah.”

Dalam wawancara melalui e-mel dengan Berita Harian, pakar audiologi, Dr Sharad Govil, mengatakan perangkaan menunjukkan sekitar 5.2 dalam 1,000 bayi mengalami kehilangan pendengaran, sementara tiga dalam 1,000 bayi mempunyai kehilangan pendengaran peringkat teruk hingga mendalam.


Menjelaskan lanjut, Dr Govil berkata kehilangan pendengaran dalam kanak-kanak boleh merupakan masalah kongenital iaitu ia sudah wujud sejak lahir.

“Ini mungkin disebabkan komplikasi semasa kehamilan seperti kelahiran pramatang atau berat badan yang rendah ketika lahir, jangkitan, mahupun ubat yang diambil semasa kehamilan.

“Faktor genetik juga boleh menyumbang kepada kehilangan pendengaran,” katanya.

Menurut beliau lagi, kehilangan pendengaran boleh menjejas pembangunan bahasa dan perbualan kanak-kanak secara ketara. Ia juga boleh menjejas prestasi akademik, keyakinan dan peluang pekerjaan.

“Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sering ketinggalan daripada rakan sebaya mereka dalam perkembangan pertuturan dan bahasa, kemahiran kognitif dan kemahiran sosial.

“Jika tidak dirawat, defisit ini boleh membawa kepada isu jangka panjang ketika dewasa, seperti status sosioekonomi lebih rendah, kemahiran sosial yang lemah, pengasingan, isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan kekecewaan,” ujarnya.

Oleh itu, pengesanan dan campur tangan awal adalah penting.

Dr Govil berpendapat antara halangan campur tangan awal bagi kanak-kanak di sini ialah kurangnya program pengesanan pendengaran di peringkat prasekolah di Singapura.

“Buat masa ini, Singapura tidak mempunyai program pemeriksaan pendengaran di prasekolah di peringkat nasional yang boleh membantu mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran, terutama mereka yang mengalami kelewatan perkembangan lain,” kata beliau.

Dr Govil menambah kurangnya pengetahuan tentang kehilangan pendengaran dalam kalangan orang awam dan guru sekolah juga boleh menyebabkan kanak-kanak dengan masalah sedemikian tidak dikenal pasti semasa tahun-tahun awal prasekolah mereka.

Mujur masalah pendengaran Justin, kini 17 tahun, dikenal pasti awal.

Pada usia 18 bulan, dia telah melalui pembedahan implan koklea yang membolehkannya mendengar hingga kini.

Koklea ialah struktur dalam telinga berbentuk seperti cangkerang siput yang berisi bendalir.

Meskipun terdapat cabaran yang perlu dilalui, secara keseluruhan, Justin, yang merupakan pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu berkata dia akan mengesyorkan implan koklea bagi mereka yang mengalami nasib serupa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >