Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Carousell, bank ambil langkah tangani kes tipu pancingan data

Jan 4, 2023 | 5:15 PM
GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

BAGI menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data, platform dalam talian, Carousell telah menggantung akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya. Amaran tersebut akan muncul apabila pengguna menerima pautan bukan Carousell yang mungkin tidak selamat. Ia digunakan bagi mengingatkan mereka bahawa platform dalam talian itu tidak akan meminta bayaran, butiran kad dan bank menerusi laman luar atau dalam alamat e-mel. Pada Disember lalu, sekitar $1 juta lesap libatkan sekurang-kurangnya 1,115 mangsa kepada penipuan pancingan data berikutan pembeli palsu berkaitan Carousell. Jumlah tersebut melebihi $938,000 yang lesap libatkan sekurang-kurangnya 975 mangsa pada platform itu antara Januari dengan November lalu, kata polis Ahad lalu. Bagi melindungi pengguna daripada penipuan sedemikian, Persatuan Bank di Singapura (ABS) berkata bank-bank akan melaksanakan langkah-langkah untuk menggagalkan penipu sedemikian, yang mungkin boleh menyebabkan kelengahan dalam transaksi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg