JUMLAH aduan mengenai kereta yang ada kerosakan meningkat buat tiga tahun berturut-turut tahun lalu, menurut Persatuan Pengguna Singapura (Case) dalam satu kenyataannya semalam.

Badan pemantau pengguna itu menerima sebanyak 2,335 aduan mengenai industri kereta tahun lalu, dengan 52 peratus merupakan kereta yang ada kerosakan.