SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

CCTV dipasang di lima perhentian bas untuk pantau permintaan penumpang

CCTV dipasang di lima perhentian bas untuk pantau permintaan penumpang

Jun 24, 2015 | 2:03 PM

CCTV dipasang di lima perhentian bas untuk pantau permintaan penumpang

Gambar fail.
Gambar fail. -

KAMERA-KAMERA televisyen litar tertutup (CCTV) akan dipasang di lima perhentian bas dengan kadar penumpang yang tinggi untuk memantau permintaan khidmat bas di perhentian-perhentian tersebut.

Maklumat-maklumat dari pemantauan tersebut kemudian membolehkan pengendali khidmat bas menyesuaikan jadual bas mereka berdasarkan permintaan-permintaan tersebut.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata usaha tersebut akan dicuna untuk tempoh selama setahun.

Ia akan menguji keberkesanan analisis video dalam memantau dan mengesa bilangan ramai di perhentian bas.

Di bawah sistem itu, pengendali pengangkutan awam diharap dapat menyesuaikan jadual bas berdasarkan kesesakan di perhentian bas.

Antara penyesuaian yang dapat dilakukan ialah seperti menggantikan bas satu tingkat dengan bas dua tingkat; mengerahkan bas melengkung; dan menambah lebih banyak bas bagi perjalanan separuh jalan supaya memastikan semua penumpang dapat menaiki bas.

Lima perhentian bas yang dipilih untuk tempoh percubaan adalah di:

1. Bangunan Thong Teck sepanjang Scotts Road

2. Blok 270 Bukit Panjang Road

3. Stesen MRT Ang Mo Kio sepanjang Ang Mo Kio Avenue 3

4. Stesen bertentangan MRT Khatib sepanjang Yishun Avenue 2

5. Stesen MRT Clementi sepanjang Commonwealth Avenue West

Pemasangan kamera dijangka bermula pada suku keempat tahun ini manakala tempoh percubahan akan berlangsung secara progresif dan bermula pada Disember di perhentian bas hadapan Bangunan Thong Teck.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg