Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CCTV wajib dipasang di semua prasekolah jelang 1 Jul 2024

Aug 31, 2023 | 8:11 PM
DEMI KESELAMATAN: CCTV akan diperlukan di tempat akses utama dan kawasan yang digunakan oleh kanak-kanak seperti bilik darjah, bilik kegiatan, kawasan permainan dalam premis dan bilik tidur bayi. 
DEMI KESELAMATAN: CCTV akan diperlukan di tempat akses utama dan kawasan yang digunakan oleh kanak-kanak seperti bilik darjah, bilik kegiatan, kawasan permainan dalam premis dan bilik tidur bayi.  - Foto ST

Kamera litar tertutup (CCTV) akan diwajibkan di semua prasekolah dan Pusat Intervensi Awal (EIC) yang dibiayai pemerintah menjelang 1 Julai 2024.

Langkah tersebut adalah sebahagian semakan terhadap langkah keselamatan dalam sektor awal kanak-kanak dan telah mengambil kira pandangan ibu bapa, pendidik dan pengendali prasekolah, kata Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 31 Ogos.

Ecda berkata CCTV akan meningkatkan keselamatan prasekolah dengan menghalang orang mencurigakan dan mereka yang tidak dibenarkan memasuki premis untuk berbuat demikian.

Sekiranya berlaku insiden, rakaman CCTV boleh menjadi sumber bukti yang objektif dan boleh dipercayai untuk menyokong siasatan, tambah agensi tersebut.

Buat masa ini, lebih 60 peratus prasekolah dan 100 peratus EIC sudah pun memasang CCTV di premis mereka.

Mulai 1 Julai 2024, kamera CCTV akan diperlukan di tempat akses utama dan kawasan yang digunakan oleh kanak-kanak seperti bilik darjah, bilik kegiatan, kawasan permainan dalam premis dan bilik tidur bayi.

Untuk memastikan privasi kakitangan dan kanak-kanak, kamera CCTV tidak akan dibenarkan di dalam tandas, bilik persalinan dan kawasan rehat kakitangan.

Ecda akan berkongsi satu set garis panduan dengan pengendali prasekolah pada 1 September 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg