Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CDAC bantu lebih banyak famili gaji rendah dalam Covd-19

$36j diperuntuk bagi bantuan tahun depan, bertambah 8.5% daripada tahun ini
Dec 6, 2021 | 5:30 AM
f3dd4d08-f9b4-4fc1-b803-b673cae95a81
-

BADAN bantu diri Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) membantu lebih banyak keluarga bergaji rendah sepanjang dua tahun lalu semasa pandemik Covid-19.

Malah, ia akan memperuntukkan perbelanjaan lebih tinggi sebanyak $36.4 juta tahun depan - 8.5 peratus lebih tinggi daripada perbelanjaan yang dijangka tahun ini - untuk terus mempertingkat program bantuan.

Badan itu memberi 70 peratus lebih banyak dermasiswa kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, dan menggandakan jumlah Geran Program Pemerkasaan dan Aspirasi Belia (YEAP) kepada pelajar posmenengah semasa pandemik ini berbanding 2019.

Ia juga mengendalikan 36 peratus lebih banyak kerja kes bagi isi rumah yang mempunyai anak kecil atau bersekolah. Bantuan turut dihulur kepada pemohon kerja bagi mempertingkat kemahiran daya kerja mereka melalui bengkel setiap bulan dan juga kumpulan sokongan yang dibentuk untuk menyediakan bimbingan dalam pencarian pekerjaan.

CDAC membelanjakan sekitar $33.6 juta tahun ini untuk melaksana pelbagai program dan skim bantuan, serupa perbelanjaan tahun lalu.

Dalam kenyataannya semalam, CDAC berkata ramai rakyat Singapura melalui masa sukar sepanjang dua tahun lalu dek pandemik Covid-19.

"Keluarga bergaji rendah yang mempunyai anak kecil dan bersekolah paling terjejas oleh pandemik ini. Kanak-kanak sekolah perlu menyesuaikan diri mereka dengan pembelajaran di rumah, dan mereka yang lebih lemah ketinggalan di belakang dari segi akademik.

"Ibu bapa perlu menangani cabaran kewangan disebabkan potongan gaji atau kehilangan pekerjaan. Keperluan keluarga bergaji rendah yang meningkat ini membawa kepada permintaan lebih tinggi bagi skim bantuan CDAC sepanjang dua tahun lalu," kata badan itu.

Menurut CDAC, peruntukkan tahun depan akan digunakan untuk mempertingkat skim bantuannya dan mengembalikan program yang ditunda sejak dua tahun lalu. Antara lain, ia akan meneliti cara khusus menyediakan bantuan lebih mendalam bagi keluarga yang terus menghadapi cabaran.

CDAC juga akan mempertingkat beberapa program utamanya, seperti program tuisyen yang membantu pelajar lemah.

Sementara itu, CDAC mengadakan Projek 'Ready for School' (Siap Untuk Sekolah) kelmarin hingga hari ini. Semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang juga anggota lembaga CDAC, menyertai acara itu di Perpustakaan Hab Sukan Singapura.

Projek itu menyokong sekitar 8,800 keluarga dan 17,600 anak mereka. Setiap keluarga menerima baucar pasar raya NTUC FairPrice dan pengangkutan bernilai $200, dan baucar School-Ready bernilai $80 yang boleh digunakan untuk membeli barang keperluan sekolah seperti buku teks, beg sekolah dan alat tulis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg