Premium
CDC, kontraktor bantu baiki rumah keluarga susah
Feb 12, 2018 | 5:30 AM

BANTU MASYARAKAT: Pekerja binaan sedang memperbaiki pintu dan pagar di rumah Encik Tan Yew Huat, salah seorang penerima bagi inisiatif Rumah Lebih Baik semalam. - Foto CDC NORTH EAST -
MEMPERBAIKI kerosakan asas dalam rumah seperti jubin yang tertanggal dan sistem paip yang tidak lagi berfungi mungkin merupakan sesuatu yang sukar dilakukan bagi penduduk kurang bernasib baik.
Justeru bagi membantu meringankan beban golongan ini, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East telah bekerjasama dengan tujuh kontraktor bagi menawarkan kerja pembaikan secara percuma atau bersubsidi kepada mereka.

