Topik diikuti
Pergi ke BHkuCDC main peranan penting sokong penduduk dalam Covid-19: PM Lee
Laksana 70 inisiatif bantuan antara Feb hingga Jun, berkhidmat dengan sentuhan kemanusiaan
CDC main peranan penting sokong penduduk dalam Covid-19: PM Lee
MAJLIS Pembangunan Masyarakat (CDC) memainkan peranan penting menyokong penduduk semasa krisis Covid-19, dengan lebih 70 inisiatif dilaksana antara Februari hingga Jun, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.
Ini termasuk skim baucar untuk membantu keluarga berhubung kos sara hidup, skim bantuan makanan bagi pelajar, serta bantuan mencari kerja untuk penduduk hilang mata pencarian.
