Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CDC South East kupas cabaran kesihatan mental belia menerusi pementasan

Muzikal 45 minit beri wadah bagi penonton nilai kesejahteraan emosi mereka
Oct 17, 2024 | 7:04 PM
Berlangsung dari 17 hingga 25 Oktober, persembahan muzikal ‘12 Going on 13’ mengutamakan cabaran kesihatan mental yang dihadapi belia sambil memberi tumpuan kepada cabaran peralihan dari sekolah rendah ke tahap menengah, hubungan keluarga dan rakan sekolah.  
Berlangsung dari 17 hingga 25 Oktober, persembahan muzikal ‘12 Going on 13’ mengutamakan cabaran kesihatan mental yang dihadapi belia sambil memberi tumpuan kepada cabaran peralihan dari sekolah rendah ke tahap menengah, hubungan keluarga dan rakan sekolah.   - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkongsi tentang kit alat bantu diri yang termasuk jurnal kesejahteraan mental, alat mengawal tekanan dan panduan kecil dari CHAT Institut Kesihatan Mental (IMH) semasa tayangan perdana ‘12 Going on 13’ pada 17 Oktober.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, berkongsi tentang kit alat bantu diri yang termasuk jurnal kesejahteraan mental, alat mengawal tekanan dan panduan kecil dari CHAT Institut Kesihatan Mental (IMH) semasa tayangan perdana ‘12 Going on 13’ pada 17 Oktober. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menjalin persahabatan, pembulian siber, dan menangani kehilangan orang tersayang.

Ini antara topik yang dikupas dalam pementasan muzikal perdana 12 Going on 13, yang berlangsung selama 45 minit di Teater Gateway Black Box pada 17 Oktober.

Pementasan itu mengetengahkan cabaran belia seperti menghadapi peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada usia remaja.

Turut hadir di pementasan itu selaku tetamu terhormat ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Berlangsung dari 17 hingga 25 Oktober 2024, pementasan tersebut mengutamakan cabaran kesihatan mental yang dihadapi oleh belia sambil memberi tumpuan kepada peralihan dari sekolah rendah ke tahap menengah, hubungan kekeluargaan dan rakan sekolah.

Persembahan muzikal secara langsung itu menyediakan wadah bagi penonton muda menilai kesejahteraan emosi mereka.

Berucap kepada sekitar 160 penonton, termasuk pelajar dari tiga Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan Sekolah Menengah Zhonghua, Encik Fahmi berkata:

“Melalui inisiatif ini, kita membuka wadah untuk membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh anak-anak muda kita.

“Persembahan ini yang merupakan sebahagian daripada program Seeds of Wellness (anjuran CDC South East) bertujuan untuk membina daya ketahanan dan memperkasa belia kita agar dapat mengemudi kehidupan mereka dengan lebih yakin.”

Semasa bercakap kepada Berita Harian (BH), Encik Fahmi turut menyentuh tentang peranan beliau sebagai seorang ayah dan cabarannya semasa membesarkan anak remajanya.

Menurutnya, antara unsur semasa persembahan tersebut yang beliau dapat kaitkan kepada anak remajanya adalah apabila melihat seseorang mengalami serangan panik.

“Apabila anak perempuan saya mengalami serangan panik, memberi beliau ruang untuk mengawal emosinya dan membuat refleksi tentang situasi itu telah banyak membantu saya dan anak saya itu,” jelasnya.

Di pementasan itu, para hadirin turut menerima kit alat bantu diri yang terdiri daripada jurnal kesejahteraan mental, alat mengawal tekanan dan panduan risalah kecil dari Institut Kesihatan Mental (IMH).

Naib Presiden Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Rahmah Mirza Abdul Karim, yang turut hadir dalam kalangan hadirin, berkata persembahan itu adalah satu wadah unik untuk meningkatkan kesedaran bagi kesihatan mental golongan belia.

Pada masa ini, Madrasah Al-Ma’arif mengadakan perbincangan kumpulan fokus dan ceramah yang dikendalikan oleh pakar psikiatri untuk bertukar pendapat tentang kesejahteraan mental.

“Saya rasa isu-isu yang ditimbulkan semasa persembahan itu sesuai dikaitkan dengan belia hari ini.

“Bagi saya, ia membolehkan diri saya mengenang kembali isu-isu yang dilalui pelajar saya. Ini membolehkan saya lebih memahami topik kesihatan mental dan cara mereka menguruskan emosi masing-masing,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg