Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CDL, CapitaLand dan Singtel antara syarikat paling mampan dunia

Jan 21, 2020 | 4:00 PM
a04bb45d-1ce3-4686-b131-efcba04862f8
-

Tiga syarikat Singapura berjaya mendapat tempat dalam senarai syarikat paling mampan dunia berbanding hanya dua syarikat tahun lalu.

Menurut laporan The Straits Times, syarikat pemaju hartanah City Developments (CDL) dan Capitaland, masing-masing mendapat tempat ke-36 dan ke-63.

Syarikat telekomunikasi Singtel pula menduduki tempat ke-95 dalam senarai itu. Tahun lalu syarikat tersebut tidak tersenarai.

Senarai 100 syarikat dunia itu dibuat berdasarkan kayu ukur seperti mengurangkan karbon dan bahan sisa, keuntungan 'bersih' dan nisbah gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berbanding pekerja biasa serta kepelbagaian jantina dalam lembaga syarikat tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg