Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ceburi bidang teknologi sejak 21 tahun

Feb 5, 2021 | 5:30 AM
TINGKAT KEMAHIRAN: Perubahan teknologi yang pesat memerlukan Cik Lubnashairin mengemaskini kemahirannya agar terus kekal relevan. - Foto SAP
TINGKAT KEMAHIRAN: Perubahan teknologi yang pesat memerlukan Cik Lubnashairin mengemaskini kemahirannya agar terus kekal relevan. - Foto SAP -

TIDAK ramai wanita bekerja dalam industri teknologi tetapi Cik Lubnashairin Abdul Aziz, 47 tahun, menunjukkan bahawa wanita juga boleh berjaya dalam bidang ini yang telah diceburi sejak 21 tahun lalu.

Beliau memulakan kerjaya beliau sebagai programmer komputer di NCS dan kini menjawat jawatan sebagai arkitek inovasi di syarikat teknologi SAP.

Lulusan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) dari University of Wales ini telah meningkatkan kemahirannya sepanjang masa demi mengemas kini kemahirannya agar ia kekal relevan dalam industri.

Sebagai arkitek inovasi di SAP, beliau bekerjasama dengan wakil bahagian penjualan dan pelanggan bagi membangunkan huraian SAP yang berguna.

"Di SAP, saya diberi peluang untuk mencuba pekerjaan baru di bahagian pemasaran selama enam bulan. Ianya banyak membantu saya untuk memahami bagaimana jabatan-jabatan berbeza bekerjasama untuk membantu menjayakan syarikat tersebut,'' katanya.

Ditanya bagaimana skop pekerjaan beliau telah berubah dengan peredaran teknologi, beliau menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau telah memegang pelbagai peranan sebagai programmer komputer, kemudian beralih menjadi seorang konsultan dan kini, dalam bidang perniagaan teknikal pula.

"Saya perlu bekerja keras untuk belajar dari pengalaman, juga membaca bahan rujukan dan bacaan,'' katanya.

Beliau berpendapat untuk memperbaiki diri itu tidak memerlukan seseorang untuk hadiri kelas semata, akan tetapi ia harus dilakukan secara menyeluruh melalui pelbagai kaedah seperti membaca buku, majalah, webinar dan mengikuti rancangan Ted Talks dalam talian untuk mendengar pandangan wakil industri.

Selain membaca, beliau juga gemar berbual bersama orang lain serta mendengar pendapat mereka.

Beliau akui bahawa pembelajaran itu harus dilakukan sepanjang hayat.

"Oleh itu penting untuk kita berfikiran positif dan membuka minda bagi menerima pembelajaran sepanjang hayat,'' tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg