Walaupun Encik Abdul Hasim Abdul Hamid, 58 tahun, didiagnosis dengan osteoartritis (sakit sendi akibat kemerosotan yang mana tisu-tisu dalam sendi rosak dari masa ke semasa) pada lutut kirinya pada April 2023, ia tidak mematahkan semangatnya untuk melaksanakan ibadah haji pada 2024.
Beliau diberi kebenaran daripada pakar untuk meneruskan perancangan hajinya dan ini tidak dapat dicapai tanpa senaman hariannya dan penyertaannya dalam program Sihat Untuk Haji atau Get Fit for Haj (GFH), yang dianjurkan bersama oleh ejen pelancongan (GSA) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg