Premium
Cederakan amah: Wanita dijel 9 bulan
Feb 23, 2016 | 5:30 AM

DERA AMAH: Nuraini Hassan mengaku salah mendera pembantu rumahnya sehingga wanita itu melarikan diri ke agensi pembantu rumah untuk mendapakan bantuan. Bersama Nuraini ialah suaminya, Muhammad Al-Hafiz Nordin. - Foto THE STRAITS TIMES -
SEORANG bekas pegawai perhubungan pelanggan semalam dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas empat tuduhan mendera pembantu rumah.
Nuraini Hassan, 32 tahun, mengaku bersalah menumbuk pembantu rumahnya, Cik Yulianti, di mata kiri, menampar beliau di muka dan menendang perutnya pada 24 Julai 2012 di rumahnya di Edgefield Plains.

