Premium
Cemas jadi emas
Nov 1, 2016 | 5:30 AM
PENGALAMAN BARU: (Dari kiri) Encik Luqman, Encik Mohamad Asyraaf dan Cik Nurrisha berpeluang membangun prototaip aplikasi kiriman isyarat kecemasan yang dijana bersama pakar teknologi kreatif DDB Worldwide Singapore. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
SEBAGAI pelajar komunikasi dan pengurusan media yang lebih mahir bertutur dan menulis, Cik Nurrisha Ismail Fakirra tidak menduga beliau mampu bekerja dengan pakar teknologi kreatif dan ahli strategi digital dalam membangun prototaip aplikasi menangani kecemasan.
Aplikasi yang dikenali sebagai Respons Peribadi Bagi Situasi Kecemasan (P.R.E.S) itu membolehkan pengguna telefon bijak mengirim isyarat kecemasan kepada keluarga atau pihak berkuasa jika wujudnya serangan pengganas atau bencana.

