Premium
Cemerlang di poly, kini pilih jururawat sebagai kerjaya
Jul 15, 2019 | 5:30 AM
CEMERLANG: Encik Fiqri Nur Haziq di sekolah sains kesihatan di Politeknik Ngee Ann di mana beliau sedang menjalani tahun kedua Diploma Kejururawatannya. - Foto BH oleh ZHANG XUAN -
MASA muda yang dipenuhi lawatan ke hospital dan cerita daripada sepupu dan makcik yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan menjadi salah satu sebab Encik Fiqri Nur Haziq Abu Bakar membuat keputusan mendalami bidang tersebut.
Walaupun layak untuk pelbagai kursus yang lain di politeknik kerana keputusan Peperiksaan Peringkat GCE N yang cemerlang, pelajar tahun ketiga di Politeknik Ngee Ann itu tetap memilih kursus kejururawatan yang ditawarkan dalam Sekolah Sains Kesihatan kampus itu.

